Sardin gulung ala risoles

Ramuan / Bahan

1 tin kecil sardin
Roti (agak 10 keping)
Bawang besar saiz sederhana 1
Limau nipis 1
Cili merah 1
Cornflakes 1 cawan
Telur 1 biji
Minyak utk. menggoreng

Cara-cara

1. Roti perlu dilembutkan samada dengan dikukus atau direnjiskan sedikit air. Kemudian roti tersebut dicanai atau ditekan-tekan utk. meleperkannya (supaya tidak diserap minyak bila menggoreng nanti).
2. Sardin digaul bersama bawang yang dihiris nipis, cili merah dan sedikit perahan air limau nipis. Sos sardin bolehlah dimasukkan sedikit bersama bahan di atas.
3. Letakkan inti sardin di atas roti dan gulungkan. Letakkan air di hujung roti supaya gulungan melekat.
4. Celupkan roti di dalam telur yg. dipukul sederhana.
5. Cornflakes dikisar halus. Celupkan roti yg. berssalut telur tadi ke dalam cornflakes tersebut.Serbuk roti boleh juga digunakan utk. menggantikan cornflakes.
6. Goreng di dalam minyak panas.
7.Angkat dan hidangkan. Roti tersebut boleh dipotong dua jika suka.