Sagu Kelapa

Ramuan / Bahan

300 gm biji sagu
¼ biji kelapa
½ cawan gula pasir garam
3 gelas air
pewarna merah

Cara-cara

Sagu dibersih dan dituskan. Masak gula dengan air sehingga hancur. Kemudian masukkan sagu, pewarna merah dan pandan. Kacau hingga kembang. Setelah masak, angkat dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan. Potong sagu yang telah sejuk dan gaul dengan kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan.