Bebola Kacang Dal

Ramuan / Bahan

500 g daging
½ cawan kacang dal
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada sulah 2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 biji telur (dipukul)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Satukan semua bahan (kecuali telur) dan rebus dengan sedikit air hingga empuk. Ketepikan. Masukkan telur ke dalam kacang dal tadi. Kisar hingga halus. Kepalkan ramuan ini menjadi bebola kecil. Goreng kuih ini dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.