Roti Jala

Ramuan / Bahan

600 g tepung gandum
1 biji kelapa parut
2 biji telur (dipukul) 3 gelas air sejuk
1 sudu teh garam

Cara-cara

Bancuh tepung dengan santan, garam dan telur hingga sebati. Tuangkan air sejuk (jika suka boleh gunakan santan cair) kacau lagi hingga rata. Jerangkan kuali leper dan sapu minyak. Bila panas kiraikan adunan tepung tadi ke atasnya. Bila masak angkat dan lipat jadikan tiga segi. Hidangkan dengan kuah kari atau kurma.