Putu Beras Pulut

Ramuan / Bahan

300 g beras pulut
300 g gula pasir

Cara-cara

Beras pulut dikisar hingga halus. Masukkan gula ke dalam tepung pulut tadi dan gaul hingga sebati. Gunakan acuan putu dan tekan tepung tadi ke dalamnya. Keluarkan putu yang telah siap, kemudian jemurkan hingga keras dan kering.