Putu Ayu

Ramuan / Bahan

2 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan pati santan
10 helai daun pandan
pewarna coklat
6 biji telur ayam
2 sudu besar baking powder 1 sudu teh ovalette (dibancuh dengan 1 sudu besar air suam)
5 cawan tepung gandum
kelapa parut (digaul dengan sedikit garam)

Cara-cara

Pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang. Daun pandan dikisar, ambil patinya sahaja. Masukkan santan, air daun pandan, tepung dan baking powder ke dalam adunan gula sambil dikacau hingga sebati. Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan panaskan. Setelah itu, masukkan kelapa parut ke dalam acuan dan tekankan hingga sebati. Kemudian tuang adunan tepung ke dalamnya. Buat hingga selesai dan kemudian bolehlah dikukus hingga masak.