Pulut Panggang Bonda

Ramuan / Bahan

3 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
daun pisang secukupnya
lidi kelapa bahan inti:
1 biji kelapa parut
10 batang serai
100 gram udang geragau
20 ulas cili padi
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 cawan gula
2 sudu teh garam

Cara-cara

cara memasak inti:
-kisar serai, udang geragau,cili padi,cili kering,bawang putih dan bawamg merah sehingga halus
-tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
-masukkan kelapa, gula dan garam secukup rasa.masak selama setengah jam sehingga inti kering
cara memasak pulut:
-kukus pulut selama dua puluh minit
-angkat pulut setelah masak dari dapur dan kacau bersama santan sehingga sebati
cara membuat:
-layur daun pisang terlebih dulu
-ambil dalam 1 1/2 pulut dan leperkan di atas daun pisang.kemudian letakkan inti di atas pulut dan gulung dgn rapat dan kemas.cucuk dengan lidi pada hujung dan pangkal.
-bakar di atas dapur dengan api yang perlahan selama 3 minit
-kemudian angkat dan hidangkan.