Pulut Dakap

Ramuan / Bahan

600 gm pulut
300 gm kelapa 20 keping daun pisang
Sedikit garam

Cara-cara

Pulut dicuci bersih, tuskan airnya. Perah santan anggaran 5 gelas dimasukkan dalam periuk dan masuk pulut. Perlahankan api dan masuk garam, kacau pulut sampai kering. Ambil daun pisang letakkan pulut di tengah-tengah, ambil sekeping daun pisang lagi dan balut hingga kemas. Buat sampai habis dan ikat dua-dua berdakap. Kemudian rebus lagi selama 45 minit.