Puding Pisang Emas

Ramuan / Bahan

600 g pisang emas (dilecek)
4 biji telur
4 sudu besar tepung kacang hijau ½ biji kelapa parut
1 mangkuk gula pasir
Sedikit esen vanila

Cara-cara

Pukul gula dengan telur sampai kembang. Kelapa diperah ambil santan pekatnya saja. Masukkan pisang dan tepung cakang hijau ke dalam bancuhan telur tadi, kacau rata-rata. Tuangkan santan serta esen. Bila telah sebati masukkan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.