Puding Beras

Ramuan / Bahan

Segenggam beras ditumbuk halus/tepung beras jika malas menumbuk
1.5 liter susu lembu
gula secukup rasa
sedikit esen vanilla

Cara-cara

Susu bersama-sama dengan beras serta gula dikacau rata. Biarkan masak di atas api yang perlahan, dan digaul selalu selama sejam (untuk mengelakkan ketulan). Selepas sudah menjadi pekat, bolehlah diangkat dan disejukkan.