Popia Sayur Dan Cendawan

Ramuan / Bahan

1 keping kulit popia
4 gm tauge
4 gm timun
4 gm sengkuang
3 gm cendawan shitake
4 gm lobak merah 2 gm daun bawang
5 gm tomato
1 gm daun selom
10 ml lemon grass vinaigrette
15 ml sos masam manis

Cara-cara

Campurkan sengkuang, lobak merah, timun, cendawan shitake, tauge dan lemon grass vinaigrette. Gaulkan semuanya hingga serata. Gulungkan sayuran di atas kulit popia bersama daun bawang dan tomato. Hidangkan bersama sos masam manis.