Popia Pisang Goreng Bersirap Santan

Ramuan / Bahan

5 keping kulit popia
5 biji pisang berangan
½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 biji telur
2 cawan minyak masak 1 sudu besar gula
5 sudu besar gula - sirap santan
2 cawan santan - sirap santan
1 helai daun pandan- sirap santan
Secubit garam - sirap santan

Cara-cara

Untuk membuat popia pisang goreng, gula dan serbuk kulit kayu manis disatukan sebelum digaulkan pada pisang yang telah dibuang kulit kemudian dibalut dengan kulit popia. Cara membalut sama seperti membuat popia. Pecahkan telur dan sapukan pada bahagian hujung kulit popia agar ia tidak tertanggal. Panaskan minyak kemudian goreng popia pisang hingga kekuningan. Angkat dan tuskan sebelum dihidang bersama-sama sirap santan. Untuk membuat sirap santan, satukan santan dengan gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat.