Popia Berinti Sardin

Ramuan / Bahan

1 paket kulit popia(kecil)
1 tin sardin (kecil)
1 biji bawang besar
1 biji cabai hidup
1 biji limau nipis
garam secukup rasa
lada putih secukup rasa
tepung jagung (sebagai gam)
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1.potong dadu bawang besar dan cabai hidup yang dibuang biji
2.ambil ikan sardin dan hancurkan
3.kemudian masukkan bawang dan cabaiyang telah dipotong tadi
4.masukkan juga garam ,lada putih dan air limau nipis ke dalam sardin
5.gaul hingga sebati
6.sardin tersebut bolehlah dibalut menggunakan kulit popia mengikut citarasa masing-masing
7.setelah siap di balut bolehlah digoreng sehingga kekuningan.