Apam Sabah

Ramuan / Bahan

6 Biji Telur
1 Gelas tepung gandum
½ Biji kelapa
1 Gelas gula
1 Sudu Kecil esen vanilla
Pewarna merah,kuning,hijau
Garam

Cara-cara

Pukul telur dengan sedikit garam hingga kembang,masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.Masukkan esen vanilla dan tepung gandum.
Sementara itu kelapa dibahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan [1-merah,1-kuning,1-hijau]
setiap bahagian kelapa letakkan sedikit/secubit tepung gandum untuk tujuan tidak melekat.Kemudian masukkan kelapa ke dalam adunan tepung tadi dan gaul rata.Sediakan loyang dan sapukan sedikit mentega dikeliling loyang dan tuang adunan.
Kukus sehingga masak.