Pandan Sagu Gula Melaka

Ramuan / Bahan

500 gm sagu
100 gm gula kastor
2 cm gula melaka
1 liter air
1 camca kelapa parut
1 liter air
Secubit garam
8 helai daun pandan (diparut dan diambil patinya) Beberapa titik pewarna hijau
150 gm papaya
150 gm buah mangga
150 gm buah tembikai
150 gm nangka (dipotong halus-halus)
8 helai daun pudina
150 gm cendol
255 gm agar-agar glaze

Cara-cara

Bersihkan sagu dan rendam selama 20 minit. Masak sagu dengan air bersama dengan 4 helai daun pandan sehingga kelihatan jernih.

Basuh sagu dengan air yang mengalir untuk membuang kanji. Bahagikan kepada dua bahagian.

1 1/2 bahagian dimasukkan pewarna hijau. Masukkan sagu yang telah dihijaukan ke dalam acuan iaitu separuh acuan dan dilapikkan sagu putih di atasnya.

Sejukkan sagu sehingga 5 darjah Celcius.
Masak gula melaka bersama-sama dengan daun pandan dan biarkan ia sejuk.

Campurkan kelapa parut ke dalam air suam untuk menyediakan santan.

Tambahkan garam secukup rasa. Masukkan cendol ke dalam lapisan agar-agar dan diletakkan diatas sagu.

Hidangkan sagu dan hiaskan dengan buah-buahan.

Santan dan gula melaka dihidangkan berasingan.