Apam Halus Gebu

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 cawan aiskrim soda
3 biji telur gred B 1 sudu besar Quick 75
1 sudu teh esen ros
Sedikit pewarna merah
Mangkuk kertas secukupnya

Cara-cara

Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.