Apam Beras

Ramuan / Bahan

Nasi - 1 mangkuk
Ragi Tapai - Separuh
Gula 1 Sudu Besar

(Kesemua bahan disatukan dan peram selama 2 hari sehingga menjadi tapai)
Tepung Beras - 1 Bungkus
Tapai Nasi - 1 Cawan
Gula - 1 Cawan
Air - 3 Cawan

Cara-cara

Tapai Nasi,Gula serta Air secawan dikisar.Selepas itu masukkan ke dalam bekas bersama baki 2 cawan air dan tepung beras.Kacau hingga sebati dan kisar lagi.Peramkan selama 2-3 jam.Kukus sehingga masak.