Angkoo Indonesia

Ramuan / Bahan

Bahan kulit:

250 gm tepung pulut
15 gm gula
1 sudu teh garam
225 gm santan (suamkan) Bahan untuk inti:

100 gm kacang hijau
100 gm gula
50 ml santan
Garam mengikut rasa
2 helai daun pandan

Cara-cara

Gaul sehingga sebati tepung pulut, gula dan garam. Masukkan santan dan uli sekali lagi.

Warnakan mengikut warna buah yang disukai.

Bagi cara membuat inti, rendam kacang selama sejam dengan air panas. Toskan airnya, bungkus dengan kain dan kukus selama sejam. Setelah sejuk, kisar sehingga halus.

Panaskan kuali, dan masukkan tepung kacang hijau, gula,santan dan garam. Masak sehingga sebati dan sejukkan.

Ambil adunan kulit sebesar telur puyuh dan bubuh inti di tengahnya.Bentukkan mengikut buah yang disukai.

Alaskan dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus selama 10 minit tetapi buka bungkusan setiap tiga minit dan lapkan air kukusan supaya air tidak jatuh ke atas buah dan merosakkan bentuknya.