Pai Daging & Kentang

Ramuan / Bahan

(BAHAGIAN A)
1 kg daging kisar
3 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (kisar halus)
1 cm halia (Kisar halus)
Lada sulah
Daun bawang
Daun sup
Cili merah
Garam
(BAHAGIAN B)
2 kg kentang lenyek
2 sudu mentega
3 sudu mayonise

Cara-cara

(BAHAGIAN A - bahagikan kepada 3 bahagian)

Tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan daging hancur,goreng hingga separuh garing masukkan lada sulah,daun bawang dan daun sup serta cili merah serta garam.

(BAHAGIAN B-bahagikan kepada 3 bahagian)
Gaulkan kentang lenyek bersama mayonise,mentega dan sedikit garam hingga sebati.

Sapukan mentega pada acuan. Kemudia ambil 1 bahagian dari (Bah. A) diratakan di dalam acuan kemudian lapiskan dengan 1 bahagian dari (Bah B).Lakukan seperti ini sehingga habis adunan.Lapisan terakhir(1 bahagian dari Bah. B) gunakan acuan semprit,Semprit kentang di atas daging supaya kelihatan menarik.
Bakar dalam suhu 150 darjah celcius selama 15.Keluarkan adunan, sapukan kuning telur dan masak semula 15 minit hingga masak.