Pisang Goreng Berkelapa

Ramuan / Bahan

2-3 biji pisang masak
50 gm serbuk kelapa kering 3-4 biji kuning telur

Cara-cara

Buangkan kulit pisang dan potong dua atau tiga bahagian. Pukul kuning telur, celupkan pisang tadi dengan sedikit tepung dan kuning telur. Sapukan dengan serbuk kelapa kering dan digoreng terendam sehingga kekuningan. Sedap dimakan bersama sos vanila.