Pengat Pisang Utara

Ramuan / Bahan

Pisang Emas Seikat
Tepung beras 1 cawan
Santan 1 cawan pekat
Sedikit gula
Sedikit Garam

Cara-cara

Lenyek Pisang dan ketepikan. Gaul tepung beras dan santan sehingga rata bersama dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Kemudian barulah dicampurkan dengan pisang yang dilenyek tadi. Gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.