Pauh Layang

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam
600 gm gula 10 sudu besar tepung gandum
2 titik esen ros

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang dan masukkan tepung gandum serta esen ros. Kacau sebati.

Masukkan ke dalam acuan persegi dan kukus hingga masak.Potong mengikut lebar yang disukai.

Masak air gula hingga pekat di dalam kuali. Masukkan kuih yang dipotong tadi dan biar air gula meresap.

Angkat dan hidangkan.