Ondek

Ramuan / Bahan

1 buku keledek (sederhana)
30 gm tepung ubi (diayak)
30 gm tepung gandum (diayak)
1-2 sudu air pandan yang pekat
ΒΌ keping gula melaka 1/3 gula pasir
3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit ari)
Sedikit garam
8 helai daun pisang
7.5 x 12.5 cm
(3 x 5 in) atau
7.5 x 10 cm
(3x 4 in)
(untuk kelongsong atau bakul)

Cara-cara

Sediakan keledek: Berus keledek,Rebus atau kukus dengan kulitnya hingga masak.
Sediakan inti & kelapa: Cincang gula melaka & campuran rata-rata dengan gula pasir. Campuran sedikit garam kepada kelapa parut & gaul rata-rata. Sediakan doh: Apabila keledek telah masak, buangkan telah masak,buangkan kulitnya. Lecek keledek dalam mangkuk adunan. Campurkan tepung & air pandan. Gaul rata supaya menjadi doh yang kental Sediakan air untuk merebusnya dalam periuk. Masak air anggaran 1/2 periuk. Sediakan kuih: Gelekkan doh di atas papan canai hingga menjadi seperti sosaj panjang dengan diameter yang berukuran yang berukuran 12 mm & kerat menjadi keratan kecil yang sama besar. Bentukkan tiap-tiap sekeping menjadi bulat kemudian rata-ratakannya sedikit & masukkan adunan gula melaka ke dalamnya bungkus gula & golekkannya supaya menjadi bulat semula. Buat seperti ini sehingga habis semua doh. Masukkan dalam air mendidih hingga ia timbul di permukaan air. Tuskan dengan senduk berlubang & golekkan ke dalam kelapa yang bergaram. hidangkan dalam kelongsong atau bakul daun pisang.