Pastel Daging

Ramuan / Bahan

250 g daging lembu kisar/cincang
2 camca besar marjerin
½ cawan air
Minyak makan untuk menggoreng

Bahan perasa untuk daging kisar/cincang:
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Sedikit buah pala parut
2 tangkai daun sup (dicincang) 1 ulas bawang putih ] dihiris, digoreng
1 labu bawang besar ] dan ditumbuk

Bahan pastri:
155 g tepung gandum ] diayak bersama
Secubit garam ]
60 g lemak
2 butir kuning telur
Sedikit air

Cara-cara

Gaulkan daging kisar/cincang dengan bahan perasa dan biarkan selama 20-30 minit. Untuk menyiapkan inti, pijarkan marjerin dan goreng campuran daging hingga berwarna perang. Bubuh air. Reneh atau didihkan perlahan-lahan hingga kering. Angkat dan biarkan sejuk. Untuk menyediakan pastri, campurkan tepung, lemak dan kuning telur. Masukkan secukup air untuk menjadikannya doh yang mudah dibentuk. Uli rata-rata. Biarkan selama 1 jam. Canai doh nipis-nipis. Terap bulat-bulat sebesar 8 sm. Isikan setiap bulatan itu dengan inti. Lipat dua, lekatkan tepinya dan kelim. Pijarkan minyak dan gorenglah hingga perang dan keemasan.