Murtabak Maggie

Ramuan / Bahan

2 bungkus mee magie(perencah kari)
3 biji telur
2-3 ulas bawang merah
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Didihkan air sehingga menggelegak dan kemudian masukkan mee magie sahaja.

Sementara menunggu mee masak, pecahkan telur kedalam manggkuk dan campurkan dengan sebungkus perencah kari mee magie. Pukul telur dengan perencah kari sehingga kembang. Masukkan bawang yang telah dimayang.

Toskan mee yang telah dimasak. Campurkan mee kedalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tuangkan adunan tadi kedalam kuali. Leperkan macam murtabak. Sepas dimasak, sedia dihidang...