Mufin Pisang

Ramuan / Bahan

265 g tepung ] diayak
1 camca teh serbuk penaik ] bersama
Secubit garam ]
230 g mentega
250 gula kastor 5 biji pisang (dilenyek)
5 biji telur
1 camca teh esen vanila

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, pisang yang telah dilenyek, esen vanila dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan kacau hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam cawan kek (cup cake cases) memenuhi 3/4 cawan. Bakar mufin di dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 25-30 minit.