Muffin Adik Manja

Ramuan / Bahan

½ cawan minyak masak
1 cawan tepung serbaguna
½ cawan gula kastor
½ cawan susu cair
1 biji telur 1 biji pisang emas (dipotong dadu @ dilecek kasar-kasar)
1 camca besar kismis
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh soda bikarbonat

Cara-cara

Ayakkan tepung serbaguna bersama-sama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Masukkan gula kastor,kismis dan pisang emas tadi. Gaul sebati. Buatkan lubang di tengah-tengah adunan, tuangkan minyak masak, susu cair dan telur (all in-one method). Kaup-balik hingga sebati. Tuang adunan ke dalam mangkuk kertas muffin. Susun dalam petitin dan bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit.