Masalodeh Rangup

Ramuan / Bahan

1 kg kacang dal
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1 cm halia
sedikit jintan puteh
sedikit belacan
Sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk perasa ajinomoto
Daun Kari
Minyak untuk menggoreng Bahan A :Kacang dal direndam semalaman.
Toskan kan . Kisarkan hingga hancur.

Bahan B : Cili kering, 2 ulas bawang puteh & 2 ulas bawang merah, halia,jintan puteh dan belacan dikisar dengan sidikit air.masukan garam dan serbuk perasa.

Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah

Cara-cara

Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati.

kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.....