Masalodeh (Masalavadey)

Ramuan / Bahan

1 kg kacang dal
2 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
10 helai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk gorengan

Cara-cara

Rendamkan kacang dal semalaman atau sehingga lembut,kisarkan kacang yang sudah lembut dengan sedikit air,tapiskan air tersebut dan ambilkan kacang dal yang dikisar.

Mayang bawang besar,hiris daun kari nipis-nipis,guntingkan cili kering halus-halus,panaskan minyak dan gorengkan bawang dan cili kering sehingga kekuningan.

Gaulkan gorengan tadi dengan kacang dal yg telah di kisar,gaul sehingga rata dan tambahkan garam secukup rasa.

Bentukkan adunan berbentuk bulat dan leper dan gorengkan kuih sehingga kekuningan.