Lot Lit

Ramuan / Bahan

½ kg padi kekuningan (digoreng dan ditumbuk sehingga mengeluarkan kulit, ambil berasnya)
½ kg beras pulut
5 keping manisan (gula) kelapa 2 biji kelapa
1 sudu besar garam halus
Air secukupnya

Cara-cara

Beras digaulkan dengan air garam supaya menjadi lembap. Goreng beras sehingga kuning dan setelah itu dimesin sehingga hancur. Ambil beras pulut dan gaulkan dengan air garam seperti langkah pertama, digoreng sehingga kuning dan juga dimesin setengah hancur. Kemudian kedua-dua beras tadi hendaklah ditumbuk dalam lesung kayu. Masukkan manisan dan kelapa yang telah diparut dan tumbukkan sehingga hancur di dalam lesung kayu. Selepas itu masukkan debu beras sehingga habis. Kemudian tumbuk bahan tadi sehingga lumat dan menjadi pejal. Jika bahan tadi terlalu keras bolehlah dimasukkan sedikit air panas.