Lempeng Kayu

Ramuan / Bahan

4 senduk tepung
4 sudu planta
2 sudu susu pekat manis
½ mug air
sedikit garam

Cara-cara

1. Bancuhkan susu, air dan garam.
2. Gaulkan tepung dengan planta
3. Tuangkan susu yang telah dibancuh tadi sehingga menjadi doh.
4. Uli sehingga lembut sedikit dan jadikan beberapa doh kecil dan bulat. Kemudian biarkan seketika(lebih kurang 20-30 min)
5. Gelekkan dengan penggelek sehingga leper( tidak terlalu nipis)
6. Goreng dengan api sederhana.