Lempeng Berlauk

Ramuan / Bahan

100 gm udang putih
100 gm jagung
Setangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
4 sudu besar tepung gandum 1 biji telur
2 sudu besar mentega
1 batang lobak merah - dihiris nipis
Secubit garam

Cara-cara

Buang kulit udang dan bersihkan. Gaulkan udang, tepung dan telur bersama suku gelas air. Jangan terlalu cair. Bancuh adunan dan masukkan mentega dan garam juga hirisan daun bawang dan daun sup. Masukkan pula lobak merah dan kacau rata. (Lobak merah selain daripada mempunyai khasiat, ia juga menambahkan seri dan warna yang disukai kanak-kanak). Panaskan kuali dan tuangkan bancuhan tadi. Ia boleh dibentuk dalam bentuk lempeng yang lebar ataupun kecil. Buatkan adunan sampai habis dan hidangkan panas-panas.