Lapis Tun Fatimah

Ramuan / Bahan

500 gm tepung beras
50 gm tepung kacang pis
50 gm tepung sagu
600 gm gula 700 ml santan pekat
100 ml air daun pandan
Sedikit pewarna merah

Cara-cara

Campur kesemua jenis tepung dengan gula dan air.Masukkan santan dan kacau sehingga rata.

Bahagikan adunan kepada tiga, satu campur air pandan, dua campur pewarna merah, tiga warna putih.

Panaskan loyang yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan.

Tuangkan nipis lapisan pandan dan biarkan ia masak.Setelah itu tuangkan lapisan putih dan kukus sampai masak.

Akhir sekali tuangkan lapisan merah dan kukus sehingga ia masak. Ulangkan lapisan tetapi lapisan di atas mestilah merah. Sejukkan dan barulah dipotong.