Lapis Strawberry

Ramuan / Bahan

18 biji kuning telur (7 diambil putihnya)
500 gm mentega
380 gm gula halus
150 gm tepung hongkong
2 sudu makan susu pekat 2 sudu makan strawberry paste (strawberry puree)
1 sudu teh jilk atau ovalett (pelembut)
½ sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna hijau dan merah jambu

Cara-cara

Kuning telur dipukul separuh kembang, masukkan separuh gula dan jilk. Mentega, susu pekat dan esen vanila dipukul sampai ringan dan dicampurkan ke adunan kuning telur tadi dan kacau rata-rata. Putih telur dipukul hingga putih dan kembang, masukkan baki gula tadi lalu dipukul sampai pekat. Tuangkan putih telur ke adunan tadi. Masukkan tepung dan kacau lagi sampai rata. Adunan dibagi pada tiga bahagian. Ia dibiarkan putih, sementara yang kedua dimasukkan 1 1/2 sudu makan strawberry paste dan pewarna merah jambu. Yang akhir sekali, masukkan baki strawberry puree tadi dan pewarna hijau. Bakar selapis-selapis dimulakan dengan putih, merah jambu dan akhir sekali hijau. Ulang sampai habis menggunakan api grill.