Lapis Mangga

Ramuan / Bahan

380 gm mentega
300 gm gula pasir
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
20 biji kuning telur, 10 diambil putih 2 sudu makan puree mangga (atau 2 sudu makan esen perasa mangga)
Sedikit pewarna kuning
4 sudu makan susu pekat

Cara-cara

Mentega, esen vanila dan susu pekat, dipukul hingga putih lalu ketepikan. Pukul putih telur dengan baking powder hingga kembang, masukkan gula sedikit-sedikit sampai habis. Masukkan kuning telur dan dipukul hingga pekat. Campurkan adunan mentega tadi bersama adunan telur dan kacau rata-rata. Masukkan mangga puree (esen mangga) dan sedikit pewarna kuning. Kacau sedikit. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sambil dikacau sampai rata. Dengan menggunakan api grill, bakar selapis-selapis hingga habis.