Onde

Ramuan / Bahan

300 gm tepung pulut
2 ketul gula melaka - dipotong kecil 20 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari

Cara-cara

Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Bubuh gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Jerang air panas hingga menggelegak. Masukkan kuih tadi. Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.