Lapis Mandarin

Ramuan / Bahan

18 biji kuning telur
5 biji putih telur
400 gm gula halus
500 gm mentega
250 gm tepung Hong Kong 2 biji limau sunkist (diparut kulitnya)
1 sudu makan jus limau
1 sudu makan jilk atau ovalett (pelembut)
½ sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna oren

Cara-cara

Pukul mentega, jus limau dan esen vanila, sampai putih dan ketepikan. Pukul putih telur sampai kembang, masukkan gula, kuning telur dan jilk. Pukul sampai pekat. Satukan adunan telur dan mentega, ratakan. Masukkan tepung, kacau lagi sampai rata. Adunan dibahagi pada dua bahagian. Satu biarkan putih dan satu lagi diwarnakan oren dan campurkan juga kulit limau yang telah diparut. Lapis berselang-seli sampai habis.