Lapis Makmur

Ramuan / Bahan

Secubit garam
1 helai daun pandan
1 ½camca besar koko
70 gm (2 keping) gula kabung/melaka
100 ml (½ cawan) air
100 gm (1 cawan) tepung beras
1 camca besar tepung jagung
½ camca teh perwarna coklat
200 ml (1 cawan) santan pekat daripada ½ biji kelapa Bahan-bahan lapisan atas:
120 gm (½ cawan) gula halus
75 gm (½ cawan) tepung hongkoe(putih)
300 ml (1 ½ cawan) tepung gandum
pada ½ biji kelapa
½ camca teh esen ros
Secubit Garam

Cara-cara

Masak gula, air & daun pandan hingga gula larut. Tapiskan ke dalam kuali. Bancuh bahan-bahan lain bersama santan pekat hingga sebati. Campurkan ke dalam air gula. Kacau di atas api perlahan hingga pekat, lebih kurang 10 minit. Tuang ke dalam acuan 18 sm x 10 sm yang telah dilengser minyak. Kukus 10 minit.
Apabila masak, tuang lapis atas, Kemudian kukus lagi 20 minit atau hingga masak. Panaskan sejuk sebelum dipotong.

Cara membuatnya :
Gaul semua bahan hingga sebati, Tapiskan jika berketul. Kacau sebelum dituangkan ke atas lapisan atas.