Lapis Ice Cream Soda with Cherry

Ramuan / Bahan

15 biji kuning telur (disejukkan)
5 biji putih telur
250 gm mentega
250 gm gula halus
150 gm tepung gandum
1 sudu makan ovalett 1 sudu teh baking powder
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan cherry paste
2 sudu makan esen perasa aiskrim soda
Sedikit pewarna merah

Cara-cara

Mentega dan susu pekat dipukul sampai putih lalu diketepikan. Kemudian, satukan semua telur kuning, putih, gula halus, tepung gandum, ovalett, baking powder dan akhir sekali air sejuk. Pukul dengan putaran yang laju dan sampai pekat. Masukkan adunan mentega dan dikacau rata. Adunan dibahagi dua bahagian. Yang satu dicampurkan dengan esen perasa aiskrim soda tapi biarkan putih. Satu lagi ditaruh cherry paste (essen cherry) dan sedikit pewarna merah. Lapis dengan yang putih dahulu kemudian merah. Ulangi sampai habis.