Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Lapis Gula Melaka

Ramuan / Bahan

Bahan untuk fudge:

200 gm gula melaka
40 gm tepung Hoen Kwee putih
1 sudu teh jeli segera
1 sudu teh serbuk agar-agar
550 ml susu cair
225 ml santan pekat 250 gm campuran kek span vanila
4 biji telur
50 gm mentega (dicairkan)
50 ml air sejuk

Cara-cara

Campur kesemua bahan kecuali mentega. Pukul hingga gebu.

Masukkan mentega dan kacau sebati.

Masukkan ke dalam acuan 8 x 8 cm dan bakar hingga masak. Potong tiga lapis.

Untuk membuat fudge, masak gula melaka dengan santan cair, serbuk agar-agar dan jeli segera hingga larut dan tapiskan.

Bancuh tepung Hoen Kwee dengan santan pekat dan tuang ke dalam adunan pertama tadi. Kacau hingga pekat.

Lapis selapis-selapis di atas kek hingga habis tiga lapis. Sejukkan di dalam peti ais dan hidangkan.