Lapis Bestari

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan lapisan bawah:

70 g gula Melaka
150 ml air
1 helai daun pandan (dicarik-carik)
100 g tepung beras
1 camca teh tepung jagung
250 ml pati santan daripada ½ biji kelapa
Secubit garam Bahan-bahan lapisan atas:

6 helai daun pandan
300 ml pati santan daripada ½ biji kelapa
80 g gula pasir
75 g tepung Hoen Kwee (kacang hijau)
50 g tepung serba guna
Secubit garam

Cara-cara

Bagi bahan-bahan lapisan bawah, masak gula Melaka bersama air dan dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut.

Tapis ia ke dalam kuali, biar ia suam. Masukkan tepung beras, tepung jagung, pati santan dan garam. Jerang di atas api perlahan sambil dikacau sekali-sekala hingga ia pekat.

Ratakan bancuhan di dalam acuan segi empat ukuran 18cm x10cm x6cm yang telah dilengser dengan sedikit minyak masak. Kukus ia 10 minit.

Bagi cara membuat lapisan atas pula, kisar pandan bersama pati santan, tapis ia ke dalam mangkuk besar. Masukkan gula pasir bersama tepung Hoen Kwee, tepung serba guna dan garam, kacau hingga ia sebati.

Tuang bancuhan di atas lapisan bawah tadi. Kukus 20 minit lagi atau hingga ia masak. Biar ia sejuk sebelum dipotong.