Biskut Epal Rangup

Ramuan / Bahan

230 gm mentega
200 gm gula perang
140 gm Top Flour
120 gm tepung jagung
60 gm kelapa kering
60 gm emping jagung, diramas 30 gm epal kering, dihiris
2 biji telur
½ camca teh garam
½ camca teh esen vanila
Cawan kertas secukupnya

Cara-cara

Kacau mentega, gula perang, esen vanila dan telur hingga rata. Masukkan Top Flour, tepung jagung, kelapa kering, emping jagung, epal kering dan garam. Gaul hingga rata. Masukkan di dalam cawan kertas. Bakar hingga masak.