Kuih Potongan Beras Pulut

Ramuan / Bahan

500 gm beras pulut
Sebiji kelapa parut 1 cawan air ais
1 ½ cawan gula

Cara-cara

Basuh beras pulut dan sejat betul-betul. Kemudian digoreng sehingga kekuning-kuningan. Tumbuk beras itu sampai lumat. Campur kelapa parut bersama beras. Jerang air ais dan gula sehingga hancur. Masukkan campuran beras dan kelapa. Gaul rata dan hangatkan adunan itu. Angkat daripada api dan ratakan di dalam talam. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong segi empat persegi.