Kuih Pintal Tepung Pulut

Ramuan / Bahan

10 biji telur
560 gm tepung pulut
Sedikit esen vanila Minyak untuk menggoreng
440 gm gula, bahan sirap
1 cawan air, bahan sirap

Cara-cara

Masak bahan-bahan sirap di atas api yang kecil sehingga sangat pekat. Ketepikan. Pukul telur sehingga ringan dan kembang. Masukkan tepung pulut dan esen vanila ke dalam telur yang telah dipukul tadi. Gaul dan uli hingga menjadi satu adunan yang lembut. Bentukkan adunan itu supaya menjadi gulungan yang berukuran lebih kurang 3/4 inci garis pusatnya dan 10 inci panjangnya. Temukan kedua-dua belah hujung satu gulungan dan pintal supaya berbentuk angka 8. Ulangi kepada semua gulungan yang lain. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan warnanya dan toskan. Celupkan kuih itu ke dalam sirap sehingga terbalut rata. Biarkan hingga kering sebelum dihidangkan.