Kuih Perigi Buta

Ramuan / Bahan

1 bungkus tepung pulut
Gula pasir mengikut suka
1 mangkuk santan pekat, daripada sebiji kelapa Sedikit minyak
Garam dan air secukupnya

Cara-cara

Bancuh tepung pulut bersama air hingga sebati dan menjadi doh lembut. Bulat-bulatkan doh dan lubangkan sedikit di tengah-tengah. Masukkan gula pasir. Letakkan doh di dalam bekas disapu sedikit minyak. Kemudian tuang santan pekat yang dicampur sedikit garam pada doh dan kukus sehingga masak.