Kuih Peria Pulut

Ramuan / Bahan

1 bungkus tepung pulut
1 biji kelapa
½ cawan tepung gandum
½ cawan air pandan
Sedikit larutan air kapur
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Sedikit air Inti:
½ biji kelapa parut (yang tidak terlalu tua dan dibuang kulit arinya)
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Cara-cara

Untuk menyediakan bahan inti, gaulkan semua bahan-bahan inti dengan sedikit air di dalam kuali. Kemudian jerangkan di atas api dan kacau selalu sehingga sebati dan merengas. Setelah itu angkat dan ketepikan. Perah santan anggaran 2 cawan. Kemudian bancuh tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan air daun pandan. Kemudian uli adunan ini sehingga cukup lembut dan boleh dibentuk. Curahkan 1 camca air kapur dan uli lagi sehingga sebati. Ambil sedikit adunan tepung dan isikan inti kelapa tadi ke dalamnya. Setelah itu bentukkan bujur memanjang dan leperkan sedikit. Sepitkan bahagian atasnya seperti buah peria. Kemudian alaskan bawahnya dengan potongan daun pisang. Panaskan alat pengukus dan atuskan kuih-kuih ke dalamnya dan kukuslah sehingga masak.