Kuih Pauh Layang

Ramuan / Bahan

600 gm gula
10 biji telur ayam 2 titik esen ros
10 sudu besar tepung gandum

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang dan masukkan tepung gandum serta esen ros. Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan persegi dan kukus hingga masak. Potong mengikut lebar yang disukai. Jerang kuali dan masak air gula hingga pekat. Masukkan kuih yang dipotong tadi dan biar air gula meresap. Angkat dan hidangkan.