Kuih Lapis 3 Warna

Ramuan / Bahan

Bahan A:
150 gm tepung gandum
150 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
300 gm gula
1 ½ biji kelapa (ambil santannya) Sedikit garam
2 warna mengikut kesukaan anda
(cth hijau dan merah)

Cara-cara

Masukkan kesemua Bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan sedikit garam ke dalam adunan. Tuangkan santan ke dalam adunan dan gaulkan hingga sebati.

Tapiskan adunan tadi untuk mengelak ketulan tepung. Kemudian, bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian mengikut warna kesukaan anda.

Mulakan dengan lapisan pertama dengan lapisan yang agak tebal, kemudian kukuskan selama 7 minit. Selepas itu teruskan dengan lapisan seterusnya satu persatu. Setiap satu juga selama 7 minit. Pastikan juga lapisan terakhir ditebalkan