Kuih Lapis (II)

Ramuan / Bahan

3 cawan air
1 gelas santan
Sedikit esen ros
2 cawan tepung beras 1 ½ cawan gula
Sedikit warna merah
1 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung

Cara-cara

Blenderkan semua bahan di atas hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu diwarnakan merah dan satu lagi tidak perlu diwarnakan. Panaskan loyang terlebih dahulu, ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam loyang kemudian dikukus lebih kurang 10 minit setiap lapisan. Buatlah begini hingga habis adunan.