Kuih Lapis (I)

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung ubi
1 biji kelapa parut, bersihkan kulit airnya
1 ¼ cawan gula pasir
1 ½ cawan tepung beras Sedikit garam
Air secukupnya
3 helai daun pandan
Pewarna merah dan kuning

Cara-cara

Perah satu mangkuk santan dan campurkan sedikit garam. Tepung ubi dan tepung beras diayak bersama. Masukkan ke dalam satu bekas dan tuangkan santan tadi. Bancuhlah sehingga pekat. Masak gula bersama sedikit air dan daun pandan sehingga mendidih. Kemudian ditapis. Tuangkan air gula ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sehingga sebati. cair. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan campurkan pewarna mengikut bahagian. Tinggalkan satu bahagian tanpa pewarna. Tuangkan lebih kurang satu senduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kemudian kukus sehingga masak. Setelah itu tuangkan adunan yang satu lagi di atasnya dan kukus sehingga masak. Buatlah begini berselang-seli hingga selesai semunya. Apabila telah masak dan sejuk, barulah dipotong.